Engkau hendaklah maklum,
Kerana engkaulah hiasan dunia..
Lantaran fitrah itu,
Engkau seringkali menjadi fitnah bagi para lelaki,
Dan memang itu bukan kesalahanmu,
Tetapi itulah hakikat kejadianmu…
.
Aku mengetahui halusnya perasaanmu,
Engkau ingin disayangi, ingin dimanjai,
Engkau juga ingin menyayangi juga ingin memanjai…
Tetapi saudariku an-nisa’,(wanita)
Ketahuilah engkau..
.
Bercinta itu memang fitrah,
Tetapi janganlah engkau menodainya dengan fitnah,
Kalau benar engkau mengasihinya,
Kasihi dia kerana Pencipta Fitrah,
.
Dan jika engkau benar mengasihinya, kerana Allah..
Engkau tidak akan melemparkan panah menggodamu,
Kerana engkau tahu,
Itu boleh menggoyahkan iman seorang ar-Rijal.(pria)
.
Dan engkau juga mengetahui,
Dia punya 9 akal dan 1 nafsu,
Namun nafsu itu sentiasa meraja di dalam dirinya,
Nafsunya bagai seorang raja yang menggila!
.
Kerana engkau tahu saudariku an-nisa’(wanita)
Dia akan terjerumus ke dalam api yang membara andai dia menjadi hamba nafsu..
Adakah benar engkau mengasihinya kerana Allah???????????????????????????

nice izzuu :D
ReplyDeletemakasi
Delete